Cakap pasal bola mesti la mengenai pasukan yang disokong dan aku juga mempunyai pasukan yang aku sokong tidak berbelah bagi. Pasukan yang aku sokong mestilah Arsenal FC. Ramai orang pelik nape la aku sokong AFC. Kan kali terakhir AFC menang trofi pada 2005, dah lame tu. Aku sokong AFC lagi lame dari tu dan aku xsuke nak ikut orang lain sokong pasukan yang kuat je. Aku suke dengan cara Arsene Wenger lebih gemor mencari bakat untuk diasah dan dicungkil dan bukan pemain yang sudah ternama.
AFC baru je menyambut ulang tahun ke 125 dan kemenangan 1-0 ke atas Everton Sabtu lepas menambahkan lagi kegembiraan peminat AFC. RVP10 juga menjaringkan gol yang cantik dan mungkin gol AFC tercantik musim ini.
Sejak kecik aku memang minat bola walaupun ade masenye aku lebih suke badminton. Tapi macam mane pun bola tetap sukan paling aku minat. Ate sukan no. 1 di dunia kan. Aku bukanlah seorang yang berbakat dalam bermain bolasepak tetapi minat aku terhadap bolasepak amat mendalam.
Assalamualaikum dan Selamat Datang Ke Hobi Husni! Di blog ini aku ingin berkongsi hobi aku dengan kome semue. Setiap orang mempunyai hobi masing-masing dan aku tidak terkecuali. Bagi aku hobi ini macam2, bukannye kumpul setem je ke mancing je ke. Boleh dikatekan ape saje yang kite buat di dalam hidup kite berulang-ulang tak kire setiap hari ke setiap minggu ke, semuenye hobi. Ini bermakne aku ade banyak hobi dan boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu:-
1. Bolasepak/ sukan Ape saje yang berkaitan bola atau sukan
2. Fotografi Aku memang minat dan selalu ambik gambor
3. Kereta/ motor/ sukan bermotor Yang ni aku memang minat tapi sekarang dah kurang
4. Makan Semue orang suka makan kan, dan aku suke mencuba sesuatu makanan yang baru
5. Menonton wayang/ filem/ tv Yang ini antara aktiviti wajib pada hari Rabu hehehe
6. Melancong Yang ni paling kurang
Setakat ni inilah antara hobi aku yang dapat aku senaraikan. Mungkin sesetengah orang akan anggap kalau banyak macam ni bukan hobi namenye. Tapi rasenye takde pulak peraturan setiap orang satu hobi saje. Jadinye semue ni adalah hobi aku. Aku harap ape yang aku kongsikan di dalam blog ni dapat memberikan manfaat kepada kite semue. Salam...